Kami pun ada mulut untuk disuap - Adam Shahz - Utusan Malaysia

Kami pun ada mulut untuk disuap – Adam Shahz

SUDAHLAH nombor telefon disekat bekas isteri dan ibu mentua, Adam juga tidak tahu di mana keberadaan anaknya, Ivy ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Yang saya ini, siapa nak tolong.”

Demikian kenyataan pelakon, Adam Shahz terhadap individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan pelakon untuk perniagaan secara percuma.

Menurut Adam, pelakon juga mempunyai komitmen bulanan justeru perlu dibayar demi sesuap nasi.

“Cukup-cukuplah gunakan pelakon buat promosi tanpa bayaran. Kami pun ada mulut nak disuap, ada bil nak dibayar, ada keperluan untuk dipenuhi,” katanya.

Adam meluahkan kekecewaan itu menerusi satu hantaran di Threads baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pelakon yang dikenali menerusi filem Juvana itu turut menegur sikap individu yang menggunakan sepenuhnya pelakon untuk membuat promosi secara percuma.

“Kalau minta pelakon promosi, seminima yang boleh. Kalau boleh nak free terus, lepas itu gunakan bertahun-tahun.

”Bila tolak, kata kita berkiralah, tak nak tolonglah,” kongsinya.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN