TOKYO: Syarikat penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA) menyediakan menu daging wagyu berharga AS$540 (RM2,235) kepada pelanggan.
Lapor Daily Mail, pesawat tersebut menawarkan menu istimewa itu hanya pada setiap hari Rabu sahaja, namun, disebabkan permintaan tinggi, pihak syarikat mempertimbangkan untuk menawarkan menu itu pada hari lain.
Menu itu ditawarkan menerusi ‘restoran dalam pesawat’ bagi penumpang kelas pertama atau perniagaan bagi pesawat antarabangsa Boeing 777.
Menurut ANA, pengalaman itu didatangkan khas dengan pengumuman daripada kabin kru dengan hidangan disediakan di kerusi kabin.
“Kita bercadang melanjutkan perkhidmatan sekiranya kawalan pergerakan sudah dilonggarkan. Restoran itu turut menyediakan 60 kerusi dalam pesawat bagi memastikan penumpang mengamalkan penjarakan fizikal,” kata syarikat itu.
Syarikat penerbangan dari Jepun itu bukanlah pesawat pertama di Asia yang memperkenalkan menu dalam penerbangan kepada pelanggan.
Pesawat itu turut menyediakan perkhidmatan tempahan makanan secara dalam talian serta menawarkan kit makanan yang boleh dimasak di rumah kepada pelanggan.







