Lelaki tembak 8 mangsa di Indianapolis - Utusan Malaysia

Lelaki tembak 8 mangsa di Indianapolis

POLIS mengawal ketat lokasi kejadian di fasiliti Fedex, berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Indianapolis, AS. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di bandar Indianapolis sehingga menyebabkan lapan mangsa terbunuh.

Suspek kemudian dipercayai membunuh dirinya sendiri dalam kejadian yang berlaku Khamis semalam.

Jurucakap polis, Genae Cook dalam sidang akhbar berkata, semua mangsa ditemui di fasiliti Fedex berhampiran lapangan terbang antarabangsa.

Katanya, sebahagian mangsa lain sudah dibawa ke hospital.

Seorang lelaki yang bekerja di kilang itu, Jeremiah Miller berkata, dia melihat lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan dan mendengar lebih 10 tembakan dilepaskan.

“Saya melihat seorang lelaki memegang sebuah senapang automatik seperti mesingan dan melepaskan tembakan di tempat terbuka. Saya terus tunduk kerana berasa takut,” katanya.

Sejak pertengahan Mac lalu, insiden tembak menembak di Amerika Syarikat bagaikan tiada kesudahan apabila beberapa kes berlaku di Texas, Atlanta, Colorado dan California. -AFP

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya