AMMAN: Bekas Putera Mahkota Jordan, Putera Hamzah Hussein didakwa cuba merancang plot dengan menggerakkan pemimpin suku untuk menentang kerajaan sedia ada.
Lapor BBC, Timbalan Menteri Jordan, Ayman Safadi mendakwa Putera Hamzah bekerjasama dengan pihak asing untuk menggugat kestabilan negara.
Sebelum ini, adik tiri kepada Raja Abdullah II mengeluarkan dua video yang mendakwa beliau dikenakan tahanan rumah.
Beliau juga menafikan terlibat dalam sebarang konspirasi terhadap Raja Abdullah II.
Dalam video tersebut, Putera Hamzah mendakwa wujudnya kepincangan, rasuah dan ketidakcekapan dalam pemerintahan negara itu.
Putera Hamzah juga memberitahu, beliau tidak dibenarkan keluar dan berkomunikasi atau berjumpa orang.
Sebanyak 16 orang termasuk bekas penasihat kepada Raja Abdullah dan seorang ahli keluarga diraja lain ditahan pada Sabtu lalu kerana didakwa mengancam keselamatan negara. – AGENSI











