Grafiti hina Islam, Nabi Muhammad di masjid Perancis - Utusan Malaysia

Grafiti hina Islam, Nabi Muhammad di masjid Perancis

KEADAAN sebuah masjid yang diconteng dengan grafiti menghina Islam dan Nabi Muhammad di Rennes, Perancis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kementerian Dalam Negeri Perancis menggesa kawalan keselamatan ditingkatkan selepas kegiatan vandalisme mencemari dinding sebuah masjid dan pusat budaya Islam di bandar Rennes.

Lukisan grafiti itu menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, sekali gus dikhuatiri boleh mencetuskan kekecohan dalam kalangan umat Islam.

Sehubungan itu, pejabat pendakwan raya di Rennes membuka kertas siasatan untuk menyiasat insiden berkenaan.

Menteri Dalam Negeri. Gerald Darmanin mengutuk perbuatan tersebut dan menzahirkan solidariti dengan 5.7 penduduk Islam di seluruh Perancis.

“Seni yang menghina agama Islam di masjid dan pusat budaya adalah sangat tidak wajar.

“Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa meningkatkan keselamatan di kawasan sekitar supaya insiden serupa tidak berulang,” katanya.

Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum umat Islam di negara ini dijangka menyambut Ramadan. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya