Arab Saudi benarkan 150,000 jemaah tunaikan Umrah semasa Ramadan - Utusan Malaysia

Arab Saudi benarkan 150,000 jemaah tunaikan Umrah semasa Ramadan

PERMIT Umrah akan diberikan kepada jemaah berusia 65 tahun ke atas yang sudah menerima suntikan vaksin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Seramai 150,000 jemaah dibenarkan menunaikan Umrah di Masjidil Haram semasa bulan Ramadan bermula minggu depan.

Lapor Arab News, Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais berkata, seramai 100,000 jemaah dibenarkan menunaikan solat di Masjidil Haram, manakala, 50,000 jemaah dibenarkan menunaikan Umrah sebagai memenuhi pelan meningkatkan kapasiti operasi di masjid itu.

Jelas beliau, suntikan vaksin sangat penting serta merupakan keperluan bagi memasuki Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Menteri Hal Ehwal Islam dan Dakwah berkata, Dr. Abdullatif Al-Sheikh berkata, permit Umrah akan diberikan kepada jemaah berusia 65 tahun ke atas yang sudah menerima suntikan vaksin.

Beliau turut mengeluarkan arahan dengan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan wabak Covid-19 semasa Ramadan.

Katanya, aktiviti berbuka puasa, sahur dan iktikaf di dalam masjid semasa Ramadan ditangguhkan, manakala, bilangan lokasi solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan ditambah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya