Air kolam renang berklorin boleh nyah aktif Covid-19 ? - Utusan Malaysia

Air kolam renang berklorin boleh nyah aktif Covid-19 ?

KAJIAN menunjukkan air kolam renang yang mengandungi klorin boleh menyahaktifkan virus menyebabkan wabak Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendapati air kolam renang yang mengandungi klorin boleh menyahaktifkan virus menyebabkan wabak Covid-19 dalam masa 30 saat sahaja.  

Lapor Daily Mail, kajian tersebut dijalankan oleh ahli virologi dari Imperial College London yang mengkaji kesan kepekatan klorin dalam air terhadap virus SARS-CoV-2. 

Menurut para penyelidik, kajian itu mencadangkan bahawa risiko penularan wabak Covid-19 menerusi air kolam renang adalah amat rendah.  

Eksperimen itu dilakukan oleh Swim England dan sekolah renang, Water Babies dengan sokongan dari Royal Life Saving Society.  

“Kami melakukan eksperimen ini di makmal kami di London. 

“Dalam keadaan selamat, kami dapat mengukur kemampuan virus menjangkiti sel yang merupakan langkah pertama penularan.

“Dengan mencampurkan virus bersama air kolam renang yang diberikan oleh pasukan Water Babies, kami berjaya buktikan virus itu tidak dapat bertahan dalam air itu dan tidak lagi merebak,” kata ketua kajian, Wendy Barclay.

Jelasnya, kajian terbabit juga menunjukkan kemungkinan untuk dijangkiti Covid-19 melalui air kolam renang adalah amat rendah.

Dalam kajian tersebut, Barclay bersama pasukan penyelidiknya turut mendapati sebanyak 1.5 miligram seliter kepekatan klorin bebas dan kadar pH antara 7 hingga 7.2 mampu menurunkan tahap jangkitan SARS-CoV-2 lebih 1,000 kali ganda dalam masa 30 saat.

Kajian lanjut yang dijalankan dengan menggunakan kepekatan klorin dan tahap pH berbeza pula menunjukkan bahawa klorin dalam kolam renang lebih berkesan dengan tahap pH yang rendah.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya