Disangka mati, rupanya masih hidup - Utusan Malaysia

Disangka mati, rupanya masih hidup

HILLARY DAWA SHERPA dibantu selepas tiba di Kem Induk. - Facebook/Temba Tsheri Sherpa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Seorang pemandu pendakian Nepal yang hilang di Gunung Everest selama enam hari dan disangka telah meninggal dunia, ditemukan masih hidup selepas dia kembali ke Kem Induk, kata pihak berkuasa kepada AFP pada Khamis.

Pemandu berpengalaman, Hillary Dawa Sherpa, hilang di bahagian atas gunung tertinggi dunia itu pada awal 30 Mei.

Beliau ditemukan pada pagi Khamis berhampiran Base Camp oleh Jawantankuasa Kawalan Pencemaran Sagarmatha (SPCC), sebuah pasukan Nepal yang membantu membuka laluan dan membersihkan sampah di Everest.

“Dia merangkak turun,” kata Pemba Sherpa dari 8K Expeditions, yang mengendalikan operasi mencari dan menyelamat.

“Sebuah helikopter telah dihantar untuk membawanya ke hospital di Kathmandu,” tambahnya.

Pendaki Chris Thrall, bekas anggota Marin Diraja Britain berkata, dia berjaya menawan puncak setinggi 8,849 meter itu bersama Hillary sekitar jam 5 petang waktu tempatan pada 29 Mei.

Dia sebelum ini memuat naik video di Instagram pada Rabu yang menyangka Hillary telah meninggal dunia.

Pasukan mencari telah dikerahkan untuk mengesannya, namun tidak ditemukan sehingga pagi Khamis apabila dia berjaya turun sendiri.

Thrall menggambarkannya sebagai seorang lelaki yang sangat baik hati dan ‘harimau gunung’ yang sebenar.

Dia turut menceritakan keadaan mencabar ketika turun dari kawasan zon maut (sekitar 7,950 meter) yang mempunyai oksigen sangat rendah.

Thrall berkata, Hillary sempat berhenti untuk berehat ketika pendakian turun, sebelum dia bergerak dahulu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN