JAKARTA: Jurucakap Program Vaksinasi Covid-19 Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi menegaskan vaksin yang dihasilkan Sinovac selamat dan berkesan bagi kanak-kanak. Lapor Kompas.com, pihak kementerian masih menunggu keputusan keseluruhan ujian klinikal terhadap kanak-kanak sebelum memutuskan sama ada menggunakan vaksin itu atau sebaliknya. “Kita masih menunggu keputusan ujian klinikal daripada Persatuan Pediatrik Indonesia dan Kumpulan Penasihat Teknikal Indonesia,” katanya. Sebelum ini, syarikat farmaseutikal dari China, Sinovac mengumumkan vaksin yang dihasilkan mereka adalah…










