Britain potong 70% bantuan kepada mangsa perang Syria - Utusan Malaysia

Britain potong 70% bantuan kepada mangsa perang Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALEPPO: Britain antara negara penyumbang utama bantuan kemanusiaan kepada mangsa konflik Syria dilapor bercadang untuk membuat potongan sehingga 67 peratus.

Keputusan berkenaan diambil selepas ekonominya terjejas teruk akibat wabak Covid-19.

“Kesan pandemik terhadap ekonomi Britain telah memaksa kira mengambil keputusan sukar tetapi perlu termasuk mengurangkan jumlah keseluruhan perbelanjaan buat sementara waktu” kata jurucakap kerajaan yang dipetik BBC.

Namun begitu Pejabat Luar Negara mengesahkan ia masih belum diputuskan.

Antara negara utama penerima bantuan, cadangan pemotongan paling tinggi dibuat ke atas Lubnan, iaitu 88 peratus.

Manakala Sudan dan Somalia, masing-masing 60 peratus.

Berdasarkan cadangan yang dibuat, London akan mengurangkan keseluruhan peruntukan bantuan kemanusiaan antarabangsa sebanyak £4 bilion bagi tempoh 2021-2022.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya