Kajian vaksin Covid-19 untuk wanita hamil - Utusan Malaysia

Kajian vaksin Covid-19 untuk wanita hamil

PFIZER dan BioNTech akan memulakan kajian mengenai tahap keselamatan vaksin Covid-19 terhadap wanita hamil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Pfizer dan BioNTech memulakan kajian antarabangsa dengan melibatkan 4,000 sukarelawan bagi menilai tahap keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19 keluaran mereka selamat digunakan untuk golongan wanita hamil.

Lapor Reuters, wanita hamil terdedah dengan risiko tinggi untuk mengalami jangkitan Covid-19 yang teruk dan banyak pegawai kesihatan umum mencadangkan wanita mengandung yang terlibat dalam sektor pekerjaan berisiko tinggi mengambil suntikan vaksin walaupun tidak diketahui tahap keselamatannya.

Pada minggu lalu, Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) menggesa supaya kajian teliti dilakukan mengenai kesan vaksin Covid-19 terhadap wanita hamil dan mereka yang menyusukan bayi.

Kumpulan pakar vaksin dan kesihatan kehamilan sebelum ini berdebat selama beberapa tahun berhubung isu wanita hamil sepatutnya dimasukkan ke dalam ujian awal vaksin supaya mereka tidak perlu menunggu lama sehingga tahap penghasilan selesai.

Namun, golongan wanita hamil di kecualikan daripada kebanyakan ujian klinikal vaksin di negara ini bagi mendapatkan kelulusan penggunaan kecemasan.

Sehubungan itu, semua pengeluar ubat-ubatan perlu melakukan kajian keselamatan vaksin terhadap haiwan bunting sebelum disuntik kepada wanita hamil bagi memastikan bayi yang dikandung selamat.

Beberapa syarikat memaklumkan kajian yang dilakukan tidak menunjukkan sebarang risiko baharu.

Selain itu, wanita hamil di negara ini sudah pun menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, kajian baharu yang dilakukan oleh Pfizer dan BioNTech akan menyasarkan wanita hamil berusia 18 tahun ke atas di AS, Kanada, Argentina, Brazil, Chile, Mozambique, Afrika Selatan, United Kingdom dan Sepanyol.

Kesemua wanita hamil yang terlibat dalam kajian tersebut akan menerima suntikan vaksin ketika kandungan mereka berusia 24 hingga 34 minggu.

Mereka akan menerima dua dos suntikan dalam tempoh selang 21 hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.