Bunuh isteri kerana kasut - Utusan Malaysia

Bunuh isteri kerana kasut

SUSPEK dibawa ke bilik soal siasat di Balai Polis, Barelang. - SURYAKEPRI.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIAU: Seorang suami tergamak membunuh isterinya gara-gara tidak dibelikan sepasang kasut di Batam Tega, Batam, Riau. 

Lapor Tribunnews, suspek, Supriadi, 32, mencekik Nurvita Sari, 26, dan mengheret mangsa ke dapur sebelum membenamkan kepala isterinya ke dalam baldi. 

Selepas melakukan aksi pembunuhan ngeri itu, suspek akhirnya menyerahkan diri ke pejabat polis kerana rasa bersalah dan menyesal dengan perbuatan tersebut. 

Suspek yang ditemui berkata, kejadian berpunca akibat terlalu marah dengan isterinya. 

Sebelum ini, pasangan suami isteri itu sering berbalah sehingga menyebabkan pertengkaran berlaku di rumah mereka. 

Supriadi asalnya meminta isterinya membelikan sepasang kasut untuk dipakai selepas diterima bekerja menjadi penyelia sebuah projek. 

Katanya, kasut yang dimiliki sebelum ini sudah rosak dan tidak boleh dipakai untuk bekerja. 

Namun, isterinya menolak permintaan tersebut dengan alasan tidak mempunyai duit. 

Berang dengan alasan isterinya, suspek menyelongkar bilik dan mencari wang di dalam almari baju. 

Selepas menjumpai wang itu, dia mula berasa marah dan memaki isterinya kerana kedekut sehingga terjadi pertengkaran. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.