fbpx

6 Mac 2021, 2:39 pm

  TERKINI

‘Saya hanya ingin ucapkan selamat tinggal’

DONALD Trump melambai ke arah media ketika keluar dari White House sebagai tanda berakhirnya penggal pentadbiran beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat di Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akhirnya keluar meninggalkan White House bagi memberi laluan kepada penggantinya, Joe Biden yang akan mengangkat sumpah sebagai pemimpin baharu negara ini dalam tempoh beberapa jam lagi.

Trump, 74, dan isterinya, Melania dilaporkan berjalan keluar dari White House menuju ke helikopter yang menerbangkan mereka ke Join Base Andrews sebelum menaiki pesawat Air Force One ke Florida.

Trump memberitahu media bahawa beliau ‘mempunyai masa empat tahun yang sangat hebat’ dan ‘menerima penghormatan sepanjang hidup’.

“Saya hanya ingin ucapkan selamat tinggal,” katanya.

Trump dijangka berada di resort Mar-a-Lago apabila Biden mengangkat sumpah sebagai presiden baharu AS.

Apabila Trump tiba di Join Base Andrews, 21 das tembakan akan dilepaskan sebagai upcara penghormatan terakhir untuk Trump sebagai presiden negara ini.

Trump juga menjadi bekas presiden pertama yang tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah presiden baharu dalam tempoh lebih 150 tahun. – AFP