Pesawat Sriwijaya Air terhempas di Pulau Laki? - Utusan Malaysia

Pesawat Sriwijaya Air terhempas di Pulau Laki?

PESAWAT Sriwijaya dilaporkan terhempas di sekitar Pulau Laki, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Daerah Kepulauan Seribu, Djunaedi mendakwa pesawat Sriwijaya Air yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak terhempas di sekitar kawasan perairan Pulau Laki.

Lapor Kompas.com, peristiwa itu berlaku kira-kira pukul 2.30 waktu tempatan dan beliau menerima maklumat mengenai kejadian terbabit daripada penduduk kampung di pulau berkenaan.

“Pesawat Sriwijaya dilaporkan terhempas di Pulau Laki berdasarkan maklumat daripada penduduk kampung setempat.

“Maklumat itu diperoleh daripada seorang nelayan yang ternampak letupan dan bebola api sebelum dia memberitahu kepada penduduk lain,” katanya.

Sehubungan itu, pasukan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) dalam perjalanan ke lokasi nahas.

Terdahulu, pesawat tersebut dengan nombor penerbangan SJ 182 dari Jakarta ke Pontianak dilaporkan terputus hubungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya