Wan Chai ‘godfather’ Hong Kong - Utusan Malaysia

Wan Chai ‘godfather’ Hong Kong

DAERAH Wan Chai menjadi tumpuan pelbagai pihak untuk mewujudkan syarikat /// untuk menjalankan kegiatan tertentu, termasuk jenayah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Kawasan sekitar di daerah Wan Chai di Hong Kong boleh diibaratkan ‘syurga’ kepada syarikat-syarikat yang diharamkan beroperasi oleh Amerika Syarikat (AS).

Dengan keluasan yang terhad, kawasan tersebut menempatkan beberapa syarikat atau entiti yang didakwa mempunyai kaitan dengan kegiatan tidak bermoral.

Antaranya termasuk penyalur dana untuk kumpulan militan Hezbollah, kumpulan yang membantu Iran memperoleh peralatan ketenteraan bernilai jutaan dolar, individu yang dituduh membantu Presiden Venezuela, Nicolas Maduro merampas sumber negaranya dan syarikat yang didakwa membuka bank di Korea Utara, sekali gus melanggar ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tidak cukup dengan itu, kawasan tersebut juga ‘dihuni’ oleh syarikat yang berkaitan dengan gerakan militan di Asia Tenggara serta mogul kasino yang terlibat dengan kegiatan penyeludupan dadah, manusia dan haiwan.

Pada waktu siang, jalan di sekitar Wan Chai kelihatan sama seperti di tempat lain dengan kelibat pekerja pejabat berpakaian kemas keluar untuk makan tengah hari.

Bila malam menjelma, kawasan itu dipenuhi pula dengan orang mabuk, namun tidak kelihatan sesiapa yang cuba mengedar dadah atau senjata api.

Hal ini kerana, kelima-lima entiti tersebut berjaya mengaburi mata orang ramai serta mungkin pihak berkuasa wilayah ini.

Kelima-lima syarikat tersebut bukan firma haram dan kebanyakannya sah tanpa mempunyai aset penting atau operasi perniagaan aktif yang dapat digunakan untuk menyembunyikan transaksi haram, mengelak membayar cukai dan diperiksa pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kelima-lima syarikat tersebut didakwa wujud untuk satu sebab iaitu bagi mengelak pengawasan undang-undang AS.

Empat daripada lima syarikat di Wan Chai tersebut sudah dimasukkan ke dalam senarai ‘Daftar Warganegara dan Orang yang Disekat’ oleh Jabatan Perbendaharaan AS.

Bagi syarikat kelima yang didakwa berkaitan dengan bank di Korea Utara, operasinya dikesan oleh panel PBB pada 2017.

Mana-mana pihak yang dimasukkan dalam senarai tersebut dilarang berurus niaga dengan rakyat AS, melakukan transaksi dalam mata wang AS serta menggunakan sistem kewangan negara itu.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi di AS, terdapat sekurang-kurangnya 13 entiti disekat di Wan Chai dan 120 secara keseluruhan di Hong Kong.

Ada satu alasan mengapa banyak syarikat ‘cuci duit’ memilih Hong Kong sebagai lokasi untuk menjalankan operasi.

Sebabnya mudah iaitu Hong Kong mempunyai kemudahan sepenuhnya dalam sistem kewangan global dan secara tidak langsung memudahkan mana-mana pihak menubuhkan syarikat sambil menggunakan khidmat penduduk tempatan.

Selama beberapa dekad, Hong Kong mengamalkan sistem perundangan ekonomi serta pengawasan korporat yang terhad dan ekonomi wilayah separa autonomi ini dipacu oleh pasaran bebas serta dasar bukan campur tangan.

Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Syarikat Hong Kong memaklumkan bahawa sekatan yang dikenakan AS adalah bersifat sehala dan tidak berkuat kuasa mengikut undang-undang wilayah ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.