fbpx

Thailand wujudkan semula undang-undang fitnah raja

THAILAND menghidupkan semula undang-undang kontroversi yang melarang rakyatnya mengutuk keluarga diraja dalam percubaan mengekang protes anti kerajaan. - AGENSI

BANGKOK: Thailand menghidupkan semula undang-undang kontroversi yang melarang rakyatnya mengutuk keluarga diraja dalam percubaan mengekang protes antikerajaan bulan ini.

Lapor BBC, beberapa aktivis disaman dan berhadapan pertuduhan di bawah undang-undang lese-majeste yang membawa hukuman penjara 15 tahun.

Situasi itu sekali gus menjadikan kali pertama dalam tempoh dua tahun hukuman itu dikuatkuasakan semula.

Undang-undang itu melarang sebarang penghinaan terhadap sistem monarki merupakan peraturan paling ketat di dunia.

Thailand dikejutkan dengan protes yang dipimpin golongan pelajar bulan ini dengan peserta demonstrasi menuntut perubahan kepemimpinan monarki.

Peserta demonstrasi turut menggesa perubahan perlembagaan dan pengguguran perdana menteri negara itu.

Selasa lalu, aktivis pelajar, Parit Chiwarak,22, berkata, dia menerima saman berhubung kesalahan lese-majeste serta pertuduhan lain.

Namun begitu, dia langsung tidak gentar dengan saman tersebut.

“Siling telah rosak dan tiada apa boleh diisi lagi,” katanya menerusi ciapan Twitter.

Berdasarkan laporan itu, sekurang-kurangnya enam pemimpin utama protes termasuk peguam hak asasi manusia, Anon Nampa dan Panusaya Sithijirawattanakul dijangka berhadapan pertuduhan sama.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN