Suspek beli polisi insurans 6 bilion rupiah - Utusan Malaysia

Suspek beli polisi insurans 6 bilion rupiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 JAKARTA: Agensi Penyiasatan Jenayah (Bareskrim) Polis Indonesia mendedahkan Ketua Maybank Cawangan Cipulir yang dikenal pasti sebagai suspek mengaku membeli polisi insurans berjumlah 6 bilion rupiah (RM1.7 juta).  

Lapor CNN Indonesia, Pengarah Jenayah Ekonomi Khas Bareskrim, Brigadier Jeneral Helmy Santika menjelaskan pembelian polisi itu dibuat bagi menaikkan namanya serta mencapai sasaran yang ditetapkan oleh cawangan itu untuk kepentingan suspek semata-mata. 

“Berhubung aliran kewangan bernilai 6 bilion rupiah itu, suspek mengaku perkara itu benar dan penghantaran itu dibuat dengan memindahkan buku akaun Winda kepada akaun yang ditandatanganinya. 

Jelas Helmy, wang insurans itu kemudian dibuat atas nama Herman Lunardi iaitu ayah suspek dan dimasukkan ke dalam akaunnya berjumlah 4.8 bilion rupiah. 

Bagaimanapun, katanya, akaun itu diuruskan oleh suspek tanpa pengetahuan mangsa. 

Berhubung kes itu, suspek turut mengaku mempunyai akaun lain untuk menampung duit daripada pembayaran atau pembayaran semula yang dipinjam suspek daripada pelanggan lain.

Beliau berkata, duit itu digunakan oleh suspek untuk membuat pembayaran transaksi pembelian rumah dan bayaran kad kredit.  

“Pasukan penyiasat masih meneliti dan mengkaji isu itu,” jelasnya. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya