Putera William dijangkiti Covid-19? - Utusan Malaysia

Putera William dijangkiti Covid-19?

PUTERA William dilaporkan dijangkiti Covid-19 pada April lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pewaris takhta Britain, Putera William dilaporkan dijangkiti Covid-19 pada April lalu namun terpaksa merahsiakan perkara itu bagi mengelakkan situasi panik di negara ini.

Lapor Mirror, berdasarkan beberapa laporan media, Duke of Chambridge itu mengikut garis panduan kerajaan dengan menjalani kuarantin di rumah termasuk mengasingkan diri.

Jelas laporan itu, Putera William dirawat oleh doktor istana namun terpaksa menyembunyikan diagnosisnya kerana tidak mahu mencetuskan kebimbangan. 

William tidak mahu menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat selepas berita mengenai ayahnya, Putera Charles dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson disahkan positif Covid-19 beberapa bulan lalu.  

Seorang sumber memberitahu kepada The Sun bahawa Putera William bergelut dengan jangkitan virus yang teruk. 

“Pada suatu tahap, beliau susah untuk bernafas dan semua orang di sekitarnya berasa panik.

“Selepas dirawat oleh doktor dan diuji positif Covid-19, William masih komited untuk menjalankan tugasannya seperti biasa,” katanya.

Putera William dipercayai dijangkiti wabak Covid-19 beberapa hari selepas bapanya disahkan positif virus tersebut.

Meskipun begitu, beliau dikatakan masih mampu melakukan 14 panggilan telefon dan video pada April lalu. 

Isu ini timbul selepas Putera William memberitahu penyampai program Good Morning Britain, Kate Garraway bahawa beliau dan isteri, Kate Middleton mahu memeluknya setelah mendengar berita suaminya, Derek dijangkiti virus tersebut.

“Anda sedang melakukannya dengan baik. Jika bukan kerana penjarakan sosial, kami berdua akan memeluk anda,” kata William. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN