Kemenangn Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) mendapat reaksi dan ucapan tahniah daripada beberapa pemimpin dunia.
Antaranya termasuk:
“Malaysia bersedia mengukuhkan hubungan dengan AS di bawah kepemimpinan Joe Biden ketika komuniti antarabangsa terus mengutamakan beberapa isu termasuk perubahan global dan pandemik Covid-19.”
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Perdana Menteri Malaysia
“Saya teruja bekerja dengan Presiden yang dilantik- Biden, Naib Presiden, Kamala Harris, pentadbirannya dan Kongres AS kerana kita akan menangani cabaran terbesar dunia bersama.”
JUSTIN TRUDEAU
Perdana Menteri Kanada
“AS adalah rakan sekutu penting dan saya melihat ke hadapan untuk bekerja secara rapat bersama-sama mengenai keutamaan perkongsian daripada perubahan iklim, perdagangan dan keselamatan.”
BORIS JOHNSON
Perdana Menteri Britain
“Sumbangan anda bagi memperkukuhkan hubungan Indo-AS adalah kritikal dan tidak ternilai.
“Saya teringin bekerja rapat sekali lagi bagi meletakkan jalinan India-US ke tahap lebih tinggi.”
NARENDRA MODI
Perdana Menteri India
“Joe Biden adalah kawan dan rakan kongsi yang dipercayai bagi membina Iraq yang lebih baik.
“Kami melihat ke hadapan untuk bekerja bagi mencapai matlamat sama dan memperkukuhkan keamanan dan keseimbangan di seluruh Asia Barat.
BARHAM SALIH
Presiden Iraq
“Tahniah kepada Joe Biden dan Kamala Haris. Saya teruja dapat bekerja dengan anda bagi memperkukuhkan hubungan Japan-US dan memastikan keamanan, kebebasan dan kemewahan dalam rantau Indo-Pasifik dan lebih daripada itu.”
YOSHIHIDE SUGA
Perdana Menteri Jepun
“Tahniah Presiden AS, Joe Biden. Biden adalah kawan sebenar kepada Greece dan saya pasti di bawah pemerintahannya hubungan antara negara akan berkembang serta menjadi lebih kuat.”
KYRIAKOS MITSOTAKIS
Perdana Menteri Greece
“Tahniah Joe Biden dengan pemilihan sebagai Presiden AS ke-46. Jumlah pengundi yang membuat pemilihan semasa pilihan raya merekodkan jumlah tinggi. Ini menggambarkan semangat orang Amerika mengenai kehidupan politik dan demokrasi.”
ALEXANDER DE CROO
Perdana Menteri Belgium









