Pemimpin demonstrasi jumpa wakil MK - Utusan Malaysia

Pemimpin demonstrasi jumpa wakil MK

GOLONGAN pekerja meneruskan bantahan pelaksanaan Undang-Undang Cipta Kerja di Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Beberapa pemimpin kesatuan buruh yang melancarkan demonstrasi menolak Undang-Undang Omnibus mengenai Undang-Undang Cipta Kerja di Patung Arjuna Wiwaha hari ini bertemu dengan perwakilan Mahkamah Perlembagaan (MK). 

Menurut CNN Indonesia, pimpinan kesatuan itu diwakili Presiden Gabungan Kesatuan Pekerja Indonesia (KSPI), Said Iqbal dan Presiden Kesatuan Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI), Andi Gani Nena Wea. 

Sekitar pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan, mereka berjalan dari lokasi demonstrasi ke mahkamah dengan diiringi pasukan polis. 

Sejak awal pagi, puluhan ribu pekerja berdemonstrasi di hadapan Istana Negara dan mahkamah itu hari ini. 

Demonstrasi itu melibatkan gabungan 32 pertubuhan seperti KSPI, KSPSI AGN dan Gekanas yang dilakukan serentak di 24 wilayah. 

Said berkata, bagi wilayah Jabodetak, aksi protes pekerja tertumpu di kawasan Istana Negaradan Mahkamah Perlembagaan dan berkumpul di Patung Kuda Indosat. 

Jelasnya, demonstrasi itu disertakan dengan penyerahan fail semakan kehakiman ke mahkamah tersebut. 

“Pada saat penyerahan fail kehakiman, para pekerja mengambil tindakan nasional menuntut Mahkamah Perlembagaan dan presiden membatalkan Undang-Undang Cipta Kerja,” katanya. 

Menurut Said, KSPI akan meneruskan demonstrasi dalam skala besar-besaran pada 9 dan 10 November ini yang akan disertai ratusan ribu pekerja. 

Jelasnya, langkah tersebut dilakukan bagi menuntut Parlimen Indonesia membatalkan undang-undang itu menerusi proses semakan perundangan mengikut Perlembagaan 1945 Perkara 20,21 dan 22A serta Undang-Undang Pembentukan Peraturan Perundangan. 

Mereka juga menuntut kenaikan gaji minimum sebanyak lapan peratus tahun depan di seluruh Indonesia. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN