Pelajar bunuh diri tertekan belajar jarak jauh - Utusan Malaysia

Pelajar bunuh diri tertekan belajar jarak jauh

RETNO LISTYARTI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang pelajar sekolah menengah di Tarakan, Kalimantan Utara tekad membunuh diri kerana tertekan dengan arahan mengikuti proses pembelajaran secara jarak jauh.

Jakarta Post memetik Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) melaporkan, pelajar tersebut bunuh diri sehari selepas menerima surat dari sekolah yang memaklumkan dia mempunyai tunggakan tugasan yang belum dihantar.

Surat itu juga memaklumkan pelajar tersebut tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir sekiranya gagal menghantar kesemua tugasan yang diberi.

Pesuruhjaya KPAI, Retno Listyarti berkata, insiden itu merupakan kali ketiga berlaku melibatkan pelajar tertekan kerana perlu mengikuti pembelajaran jarak jauh.

“Bunuh diri mungkin dilihat sebagai keputusan terbaik untuk hilangkan semua tekanan yang dihadapi, ditambah pula dengan surat dari sekolah yang mendesak supaya pelajar itu menyelesaikan semua tugasan dengan kadar segera.

“Ibu pelajar itu memberitahu anaknya tidak menyiapkan kesemua tugasan bukan kerana malas, tetapi disebabkan dia tidak faham dengan subjek yang diajar susulan kurang penerangan dari guru,” katanya.

Sehubungan itu, Retno menggesa supaya pihak berkuasa Tarakan dan agensi berkaitan kanak-kanak serta wanita menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa termasuk ibu bapanya.

Pada September lalu, polis Lebak di Banten menahan seorang wanita kerana didakwa mendera anak perempuannya berusia lapan tahun sehingga mati kerana tidak tahan mengajar secara atas talian.

Seorang pelajar berusia 17 tahun di Gowa, Sulawesi Selatan juga bunuh diri pada bulan lalu kerana tertekan dengan beban kerja sekolah yang banyak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN