Jumlah radikal Islam, pengganas berhaluan kanan sama - Utusan Malaysia

Jumlah radikal Islam, pengganas berhaluan kanan sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah kajian menunjukkan terdapat jumlah persamaan bagi kumpulan pengganas berhaluan kanan dan radikal Islam sekali gus menunjukkan insiden keganasan di Eropah bukan hanya disumbangkan oleh orang Islam semata-mata. 

Lapor Arab News, pada Mac tahun lalu, daripada 5,738 rujukan ke program antipengganas dibawah kerajaan iaitu Channel, 1,404 individu (24 peratus) menyatakan kebimbangan terhadap radikalisasi Islam manakala, 1,389 individu (24 peratus) berkaitan radikalisasi sayap kanan.

Katanya, bagi golongan radikal berhaluan kanan, 62 peratus adalah belia hingga usia 20 tahun dan pada 2017 hingga 2018, sebanyak 682 kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dikaitkan dengan kumpulan sayap kanan itu.  

“Kanak-kanak berumur sembilan tahun dirujuk ke Channel untuk radikalisasi sayap kanan.

“Satu kumpulan anti-ekstremisme, Exit UK, mengatakan 70 peratus individu yang dibantu meninggalkan organisasi sayap kanan itu direkrut secara dalam talian,” katanya.

Laporan itu berkata, propaganda Islamophobia dan mesej membabitkan kumpulan berhaluan kanan menjadi kaedah utama di sebalik pengambilan mereka.

Salah seorang bekas anggota kumpulan sayap kanan mendedahkan kepada Sky News: 

“Musuh dalam fikiran kami adalah Islam,  orang Islam, polis, pemerintah dan wartawan.

“Agensi risikan UK, MI5 dan  pelbagai organisasi antiekstremis  berulang kali memberi peringatan bahawa  ancaman keganasan  semakin meningkat di UK dan di seluruh Eropah,” ujarnya.

Tahun lalu, Britain menyaksikan empat serangan membabitkan kumpulan sayap  kanan, dengan hanya melebihi satu daripada jumlah insiden membabitkan ekstremis Islam dalam tempoh sama. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya