Hentikan segala retorik pecah belah - Utusan Malaysia

Hentikan segala retorik pecah belah

PENUNJUK perasaan mengadakan protes terhadap Macron di Bandung, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 20 organisasi Islam Eropah menggesa Presiden Emmanuel Macron menghentikan segala retorik yang memecah-belah, ketika ketegangan antara Perancis dan negara-negara Islam semakin berlanjutan.

Lapor Al Jazeera, organisasi daripada beberapa negara termasuk Belanda, Finland dan Itali dalam satu surat terbuka menegaskan pemimpin tertinggi Perancis itu gagal menunjukkan kepemimpinan moral yang kuat.

Ini berikutan insiden pembunuhan seorang guru dan tiga orang awam di sebuah gereja pada bulan lalu. 

“Tindakan memalukan Islam dan warganegara beragama Islam anda sendiri, menutup masjid utama, organisasi Islam dan hak asasi manusia serta menggunakan peluang ini untuk menyemarakkan lagi kebencian telah mengundang isu perkauman dan keganasan yang melampau.  

“Dasar moral yang kami kemukakan kepada anda adalah menolak kebencian, peminggiran dan retorik yang memecah-belah. Gunakanlah kepemimpinan anda untuk menyatupadukan semua orang,” jelas negara yang menandatangani surat tersebut.

Negara terbabit turut mendesak Macron untuk menilai semula serangan unilateral terhadap umat Islam, agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Baru-baru ini, Macron menerima kritikan secara meluas daripada penduduk Islam seluruh dunia kerana mempertahankan hak karikatur Nabi Muhammad selepas akhbar mingguan Satira Perancis, Charlie Hebdo mahu menerbitkan semula karikatur tersebut.

Dalam pada itu, negara-negara berkenaan juga mengecam tindakan kerajaan Perancis yang menutup beberapa masjid dan badan amal yang dituduh menimbulkan kebencian. 

“Tingkah laku oportunis ini melemahkan prinsip kedaulatan undang-undang dengan menutup persatuan berdasarkan politik dan tanpa prosedur undang-undang yang kukuh,” katanya. 

Macron dalam satu wawancara eksklusif dengan Al Jazeera yang disiarkan pada Sabtu lalu berkata, kenyataannya diputarbelitkan dan menegaskan pemimpin politik secara sengaja mempengaruhi orang untuk mempercayai bahawa karikatur itu adalah ciptaan negara Perancis.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN