Edhy Prabowo didakwa terima rasuah RM1.4 juta - Utusan Malaysia

Edhy Prabowo didakwa terima rasuah RM1.4 juta

EDHY PRABOWO didakwa menerima wang suapan sebanyak 3.4 bilion rupiah (RM982,908) dan AS$100,000 (RM408,303) secara tunai daripada PT Aero Citra Kargo berhubung lesen eksport udang galah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Laut dan Perikanan, Edhy Prabowo meminta maaf kepada masyarakat selepas ditahan berhubung kesalahan rasuah melibatkan kelulusan lesen eksport benih udang galah.

“Saya meminta maaf kepada seluruh masyarakat kerana ini adalah insiden yang tidak dijangka,” katanya ketika ditemukan di  Edhy di bangunan Komisi Pencegahan Rasuah (KPK), di sini.

Lapor Kompas, Edhy turut menyatakan dia akan bertanggungjawab terhadap kes yang dihadapinya. 

“Saya akan bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Saya tidak akan melarikan diri dan dedahkan apa yang sepatutnya,” ujarnya.

KPK turut menamakan tujuh suspek berhubung dakwaan kes rasuah tersebut. 

Selain itu, Edhy disyaki menerima suapan sebanyak 3.4 bilion rupiah (RM982,908) dan AS$100,000 (RM408,303) secara tunai daripada PT Aero Citra Kargo berhubung lesen eksport berkenaan. 

Aero Citra Kargo didakwa menerima wang tunai daripada beberapa pengeksport benih udang galah kerana urusan itu hanya boleh dilakukan melalui syarikat kargo tersebut . 

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi KPK, Nawawi Pomolango mendedahkan bahan bukti yang ditemukan adalah kad pengeluaran wang automatik (ATM) BNI milik pekerja kepada isteri Edhy, Ainul Faqih serta barangan mewah. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya