Taufan Molave: 9,000 penduduk berpindah - Utusan Malaysia

Taufan Molave: 9,000 penduduk berpindah

HAMPIR 9,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman selepas Taufan Molave melanda Filipina. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Taufan Molave yang melanda ketika merentasi beberapa wilayah di bahagian selatan pulau Luzon, memaksa hampir 9,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Lapor Channel News Asia, agensi pemantauan bencana memberitahu, pihaknya menerima laporan antaranya kerosakan jalan raya dan jambatan serta kejadian banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan.   

Namun, jelas agensi tersebut, setakat ini, tiada kematian mahupun kecederaan dilaporkan.

Taufan Molave yang membawa hujan lebat dan angin kencang selaju 130 kilometer sejam ketika bergerak ke arah barat dan melanda di Pulau San Miguel di wilayah Albay pada petang.  

Jelas Jabatan Cuaca, taufan itu dilaporkan melanda buat kali kedua di perbandaran Malinao dan juga di Albay.

Menurut Agensi Pemantauan Bencana, kira-kira 5,518 penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat manakala 3,421 orang tinggal dengan saudara mereka di kawasan luar zon bahaya.

Taufan Molave menyusul selepas ribut tropika Saudel melanda minggu lalu sehingga menyebabkan banjir besar di wilayah Quezon, tenggara bandar Manila.

Jelas Jabatan Cuaca, selepas merentasi kepulauan Filipina, taufan Molave dijangka terus melanda di Laut China Selatan. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×