Saintis jelita Rusia dibunuh, jari dikerat  - Utusan Malaysia

Saintis jelita Rusia dibunuh, jari dikerat 

EKATERINA ANTONTSEVA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rusia: Seorang saintis Rusia, Ekaterina Antontseva, 34, ditemukan maut dengan ibu jarinya dikerat oleh pembunuh yang dipercayai cuba mengakses telefon bimbit mangsa. 

Lapor Dailymail, Antontseva yang merupakan pakar biokimia di Institut Teknologi St Petersburg itu dipercayai dicekik oleh suspek, Artyom Belenko, 36 di rumah flat di St Petersburg. 

Susulan itu, Belenko ditahan berikutan ibu jari mangsa ditemukan di rumah suspek. 

Pihak polis mengesyaki Belenko membunuh mangsa yang juga bekerja sebagai model sambilan dan mengunci rumah itu sebelum kembali semula bagi memotong jari tangan mangsa tersebut. 

Suspek kononnya menggunakan cap jari untuk mengakses telefon itu dan menghantar mesej mengatakan tidak sihat dan tidak dapat datang bekerja. 

Suspek juga memadam mesejnya dengan mangsa dan mengakses akaun bank mangsa.

Berkemungkinan suspek meminjam sebanyak £20,000 (RM98,134) daripada mangsa dan kemudian mereka saling berbalah mengenai pembayaran semula. 

Model itu dibunuh Khamis lalu dan suspek bertindak menutup celahan pintu dan tingkap rumah itu bagi mengelakkan bau dihidu dan diketahui jiran mangsa. 

Mayat wanita itu ditemukan oleh teman lelakinya yang merupakan seorang pengusaha pembinaan selepas pulang daripada lawatan kerja. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×