Mahu protes sepanjang November - Utusan Malaysia

Mahu protes sepanjang November

KSPI merancang untuk melakukan protes sepanjang November ini jika Jokowi menandatangani rang Undang-Undang Cipta Kerja. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gabung Kesatuan Pekerja Indonesia (KSPI)  merancang untuk melakukan lebih banyak demonstrasi membantah pelaksanaan Undang-Undang Cipta Kerja sepanjang November ini sekiranya Presiden Joko Widodo (Jokowi) bersetuju menandatangani undang-undang tersebut.

Lapor Jakarta Post, Pengerusi KSPI, Said Iqbal berkata, kira-kira 800,000 ahli KSPI akan turun ke jalanan bermula 1 November ini jika Jokowi menandatangani undang-undang tersebut pada 28 Oktober ini.

Dewan Perwakilan meluluskan rang undang-undang tersebut pada 5 Oktober lalu, memberikan masa selama 30 hari kepada Jokowi sehingga 5 November ini untuk menandatangani pelaksanaan undang-undang berkenaan.

Istana Negara Indonesia semalam memaklumkan Setiausaha Negara sudah selesai meneliti rang undang-undang tersebut dan akan ditandatangani Jokowi.

Selain itu, Said juga memaklumkan KSPI akan memfailkan tindakan undang-undang untuk mencabar pelaksanaan Cipta Kerja di peringkat mahkamah Perlembagaan.

“Kami akan mengadakan protes di Istana Negara dan perkarangan bangunan Mahkamah Perlembagaan serta dalam masa yang sama, menghantar petisyen untuk tindakan undang-undang.

“Kami akan meneruskan protes tanpa gentar dengan mana-mana pihak, kami akan menang!,” katanya.

Sementara itu, ahli KSPI dijangka mengadakan tunjuk perasaan di Kompleks Parlimen Senayan di sini serta di 10 wilayah lain pada 9 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.