Ketua kultus perhambaan seks dipenjara 120 tahun - Utusan Malaysia

Ketua kultus perhambaan seks dipenjara 120 tahun

BEKAS teman wanita Raniere, Barbara Bouchey (tengah) ketika menghadiri sesi jatuh hukum di New York, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara selama 120 tahun terhadap seorang lelaki atas kesalahan mewujudkan kultus perhambaan seks yang dinamakan sebagai Nxivm. 

Keith Raniere, 60, yang merupakan ketua kumpulan itu dikenakan hukuman penjara itu selepas didapati bersalah memaksa lebih 20 wanita melakukan hubungan seks dengannya.

Nxivm merupakan sebuah kumpulan menawarkan kursus kemajuan diri yang menarik minat individu kaya dan terkenal.

Dilaporkan, setiap pengikut yang mendaftar kursus itu perlu membayar sehingga AS$5,000 (RM20,000) untuk tempoh lima hari namun ada dalam kalangan mereka dieksploitasi secara kewangan dan seksual selain perlu mengikut diet ketat dikawal oleh Raniere yang dikenali sebagai ‘Vanguard’ dalam kalangan pengikutnya.

Raniere juga mewujudkan bahagian dalam kumpulan itu yang dinamakan sebagai DOS, sebuah struktur piramid di mana kedudukan wanita adalah sebagai hamba dan lelaki pula berada di atas piramid.

Hamba berkenaan dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan Raniere dan menyerahkan segala maklumat peribadi dan gambar lucah kepadanya.

Pada Jun 2019, Raniere didakwa atas tujuh pertuduhan termasuk memperdayakan mangsa, pemerdagangan seks, peras ugut, konspirasi jenayah serta eksploitasi seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun.

Pada prosiding tersebut, seramai 15 orang termasuk 13 wanita hadir ke mahkamah Brooklyn manakala lebih 90 mangsa lain menulis surat kepada Hakim Nicholas Garaufis.

Nxivm yang disebut sebagai Nexium diasaskan oleh Raniere di New York pada 1998.

Namun, Raniere yang ditahan di Mexico pada 2018, menukar kursus kemajuan diri kepada sesi seks dengan menjadi ketua subkumpulan membabitkan lebih 20 wanita dengan paling muda berusia 15 tahun. – AFP

 

BEKAS ahli Nxivm meninggalkan mahkamah selepas perbicaraan kes Keith Raniere. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN