Islamofobia di Perancis memuncak - Utusan Malaysia

Islamofobia di Perancis memuncak

PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: ‘Islam adalah punca kepada semua krisis yang  berlaku di dunia ketika ini’.

Itu adalah tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika membuat kenyataan berhubung insiden pembunuhan guru lelaki yang dipenggal kerana menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW di Paris, baru-baru ini.

Kenyataan Macron itu secara tidak langsung menunjukkan sentimen Islamofobia di Perancis semakin berkembang menyebabkan penduduk beragama Islam di negara ini berdepan dengan tekanan dan sering dijadikan ‘sasaran’ sekiranya berlaku insiden jenayah. 

Al Jazeera melaporkan, situasi itu bertambah buruk selepas guru berkenaan, Samuel Paty, 47, dibunuh oleh seorang remaja lelaki pada awal bulan ini berhampiran sekolah tempat dia mengajar di Conflas-Sainte-Honorine, kira-kira 24 kilometer ke tengah Paris.

Kerajaan Perancis menyifatkan kes pembunuhan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan, selain menyaksikan penduduk berarak dan berhimpun di sekitar bandar utama menentang kekejaman yang berlaku terhadap Paty.

Suspek pembunuhan tersebut iaitu remaja lelaki berusia 18 tahun berasal dari Rusia ditembak mati oleh polis dalam satu operasi.

Tekanan terhadap penduduk Islam di negara ini dapat dilihat apabila pihak berkuasa Perancis melancarkan operasi besar-besaran ke atas sejumlah organisasi Islam, selain beberapa masjid turut diserang kumpulan anti Islam.

Sehubungan itu, penduduk Islam Perancis melahirkan kebimbangan bahawa insiden yang menimpa Paty hanya akan memburukkan lagi nama Islam dan memberi ‘haluan’ untuk mengaitkan agama itu dengan keganasan.

Aktivis Islam, Yasser Louati berkata, orang Islam ketika ini menjadi sasaran untuk semua perkara, terutamanya melibatkan jenayah dan keganasan.

Lelaki itu juga menyatakan Macron menggunakan sentimen Islamofobia untuk memperkasakan kempennya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin negara ini.

Pada awal minggu ini, kerajaan Perancis meluaskan operasi membanteras kumpulan radikal Islam dengan melancarkan sejumlah serbuan dan menahan lebih 200 individu.

Setakat ini, sebanyak 50 organisasi Islam menjadi sasaran pihak berkuasa Perancis dengan Kolektif Cheikh Yassine diharamkan selepas pengasas kumpulan itu, Abdelhakim Sefrioui ditahan polis kerana menyiarkan video mengutuk Paty dalam Youtube.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin turut mencadangkan supaya Kumpulan Kolektif Menentang Islamofobia di Perancis (CCIF) diharamkan.

Menerusi satu wawancara, Darmanin menyifatkan CCIF sebagai ‘musuh awam’ dan sebagai tindak balas, kumpulan itu mengkritik kenyataan menteri berkenaan sebagai fitnah.

Selain itu, sikap anti Islam pada Darmanin juga jelas kelihatan apabila beliau mempersoalkan  mengapa produk makanan halal dan keluaran Yahudi perlu diletakkan atas rak di pasar raya.

Beliau percaya bahawa penerimaan terhadap Islam dan Yahudi hanya akan menyebabkan sentimen puak pemisah di negara ini semakin serius.

Sementara itu, pengasas bersama CCIF, Marwan Muhammad menerusi Twitter menyatakan kebebasan penduduk Islam di Perancis semakin ditekan dengan kerajaan ‘meneruskan pilih kasih terhadap komuniti Islam’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.