Cubaan seludup 50 juta rokok tumpas - Utusan Malaysia

Cubaan seludup 50 juta rokok tumpas

PIHAK berkuasa Indonesia menumpaskan penyeludupan 50 juta batang rokok di perairan Berakit, Bintau, Kepulauan Riau. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan Petugas Khas Marin Jaring Swijaya 2020 berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 50 juta batang rokok di perairan Berakit, Bintau, Kepulauan Riau, minggu lalu. 

Lapor CNN Indonesia, pasukan itu terdiri daripada Kastam Kepulauan Riau, Kastam Batam, Pengkalan Fasiliti (PSO) Tanjung Balai Karimun dan PSO Batam dengan anggaran nilai rampasan sebanyak 37.2 bilion rupiah (RM10.6 juta) yang menyebabkan negara mengalami kerugian sebanyak 52 bilion rupiah. 

Pembongkaran aktiviti penyeludupan itu bermula dengan aktiviti rondaan yang dijalankan oleh Kapal BC 20007 di perairan Batam hingga Laut Natuna. 

“Berpandukan radar kapal itu, sebuah kapal dikesan cuba memasuki perairan Indonesia dan tiga buah craft berkelajuan tinggi (HSC) yang akan melakukan ship to ship (STS) di perairan Berakit. Aktiviti itu adalah menyalahi Undang-Undang Kastam,” kata Pengarah Antarabangsa dan Interagensi Kastam, Syarif Hidayat. 

Kapal BC itu kemudian mendekati kapal sasaran dan menemukan sebuah kapal kayu, KLM Pratama yang sedang melakukan kegiatan STS dengan sebuah HSC. 

“Apabila pasukan penguat kuasa cuba menahan kapal itu, mereka cuba melanggar Kapal BC beberapa kali menyebabkan pegawai Kastam terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke udara,” katanya. 

Selepas berjaya menahan kapal itu, pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan dan mendapat kapal itu dipenuhi muatan rokok tanpa pita cukai. 

Kapal itu kemudian dibawa ke Pejabat Kastam di Kepulauan Riau. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN