Billy model berhijab pertama - Utusan Malaysia

Billy model berhijab pertama

BILLY Marsan terpilih sebagai model berhijab pertama untuk memperagakan koleksi pakaian PrettyLittleThing. - CNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

London: Jenama pakaian terkenal, PrettyLittleThing buat pertama kalinya menampilkan model berhijab beragama Islam bagi memperagakan koleksi pakaiannya. 

Lapor CNN, model yang dikenali sebagai Billy Marsal yang juga personaliti media sosial terpilih untuk memperagakan koleksi pakaian terbaharu jenama tersebut selepas dia kerap memuat naik gambarnya memakai pakaian yang kelihatan begitu sederhana namun bergaya dalam Instagram. 

Syarikat gergasi pakaian dalam talian itu kemudiannya menjejaki Marsal bagi mempromosi koleksi pakaian selepas perniagaan mereka berjaya menembusi pasaran timur tengah. 

Marsal yang juga model berkulit gelap dan bersaiz besar mencipta rekod dalam industri fesyen negara barat selepas dipilih mempromosikan koleksi pakaian jenama tersebut. 

“Saya tidak pasti apakah kesan daripada perjanjian ini sehinggalah saya dapat mesej serta maklum balas daripada orang ramai yang sangat teruja tentangnya dan selepas itu, saya baru sedar perkara ini sangat menakjubkan,” katanya. 

Marsal merupakan pendatang baharu dalam bidang peragaan profesional dan dia gembira kerana dapat mewakili wanita muda Islam, sekali gus membantu umat Islam memilih pakaian yang menutup aurat namun bergaya.

“Sebagai wanita yang berhijab, kami membesar dengan membeli pakaian dan mengubahnya supaya nampak lebih sederhana dan tidak berlebihan. 

“Namun, sekarang saya boleh memberitahu wanita Islam di luar sana yang kami sangat mengambil berat mengenai keperluan dan kehendak mereka,” katanya. 

Marsal yang membuat pengumuman rasmi mengenai dia sudah menandatangani kontrak dengan PrettyLittleThing menerusi ciapannya dalam Twitter sudah meraih lebih 5000,000 tanda suka dan 60,000 ulang ciap. 

PrettyLittleThing yang sering berkolaborasi dengan selebriti seperti Kylie Jenner dan Hailey Baldwin mempunyai matlamat meningkatkan keyakinan kepada pelanggan menerusi koleksi pakaian dengan harga berpatutan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya