40,000 anak ayam hangus terbakar - Utusan Malaysia

40,000 anak ayam hangus terbakar

SEBUAH reban ayam musnah dalam kebakaran di Grobongan, Jawa Tengah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebanyak 40,000 anak ayam daging berumur 12 hari hangus terbakar dalam kebakaran di reban ayam di Grobongan, Jawa Tengah, Sabtu lalu. 

Lapor Kompas, polis merekodkan kerugian yang dialami pemiliknya, Agus Siswanto sebanyak 2.5 juta rupiah (RM7,059).  

Jurucakap polis, Sutikno menjelaskan, kebakaran tersebut disedari oleh salah seorang penjaga reban, Ahmad Lukman pada awal pagi hari kejadian tersebut. 

Waktu itu, Ahmad terbangun daripada tidur setelah terhidu bau asap dan dia bergegas keluar selepas melihat api dan asap di tingkat dua reban itu. 

Dia kemudian mengejutkan empat rakannya yang lain dan berusaha memadamkan api dengan peralatan yang ada di sekitar kawasan itu. 

Namun, usaha mereka sia-sia kerana api semakin marak dan sukar dipadamkan. 

“Kebakaran berjaya dipadamkan selepas empat jentera bomba dikerah ke lokasi kejadian dan usaha pemadaman mengambil masa selama dua jam,” menurut Sutikno. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya