Bapak Presiden, lakukanlah sesuatu - Utusan Malaysia

Bapak Presiden, lakukanlah sesuatu

ORANG ramai bersesak-sesak dan tidak menjaga penjarakan fizikal ketika menaiki tren di Stesen Tanah Abang, Jakarta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANALISIS

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED ([email protected])

DALAM tempoh seminggu ini, media-media di Indonesia ‘memainkan cerita’ keluhan pengamal perubatan atau barisan hadapan mengenai jangkitan Covid-19 yang sudah melepasi ang­ka 111,000 kes.

Nada mereka seakan-akan sudah penat dengan jumlah kes yang terus meningkat ketika Indonesia masih bergelut gelombang pertama ‘serangan’ Covid-19.

Memetik luahan seorang petugas perubatan, Ardi, dari Jakarta: “Apakah kita mahu tunggu sehingga seluruh pasukan petugas perubatan tumbang baru hendak ambil tindakan?”

Ardi yang telah sembuh selepas dijangkiti Covid-19 terus meluahkan: “Jika kami tumbang, siapa yang akan merawat pesakit Covid-19? Siapa? Pre­siden? Menteri?”

Luahan sebegini berbentuk amaran keras, khususnya kepada pemerintah.

Malah Ardi juga menyasarkan luahannya itu kepada penduduk yang masih degil enggan memakai pelitup muka dan bebas berkeliaran di tempat awam.

Apa yang diperkatakan Ardi seperti ‘disambut’ pula dengan kenyataan Persatuan Perubatan Indonesia dan Persatuan Jururawat Kebangsaan yang menggambarkan institusi perubatan Indonesia berdepan situasi membimbangkan.

Kenyataan bersama dua persatuan itu menyebut, berpuluh-puluh doktor dan jururawat meninggal dunia akibat dijang­kiti Covid-19 selain beratus-ratus lainnya masih ‘bergelut’ melawan jangkitan virus.

Ditambah pula kenyataan jurucakap Pasukan Khas Menangani Covid-19, Wiku Bakti Bawono Adisasmito yang sedih dengan sikap segelintir masyarakat apabila melihat kenyataan penularan Covid-19 sebagai ‘konspirasi’.

Entah di mana silapnya, sikap yang ditunjukkan masyarakat perlu ditangani segera oleh pemerintah, khususnya Bapak Presiden, Joko Widodo atau Jokowi.

Buatlah, kuat kuasakanlah undang-undang yang tegas. Bapak Presiden, lakukanlah sesuatu. Ini bukan masanya memikirkan soal jet pejuang atau kereta cepat (tren laju) Jakarta-Bandung.

Perkara itu mungkin boleh difikirkan kemudian, selepas penularan Covid-19 dapat dikurangkan atau dibendung sepenuhnya, bukan ketika jangkitan virus setiap hari melebihi 1,000 kes.

Semalam, 1,519 kes baharu jangkitan dilaporkan. Anggota Tim Pakar Pasukan Khas Co­vid-19, Dewi Nur Aisyah seperti dilaporkan CNN Indonesia menegaskan, kluster perkantoran (pejabat) meningkat sejak ‘peralihan’ Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) dilaksanakan awal Jun lalu.

CNN Indonesia juga menulis, walaupun kasus (kes) melonjak tinggi, Jokowi belum mengambil tindakan atau dasar melaksanakan PSBB lagi.

PSBB antaranya mencegah berlakunya himpunan melibatkan orang ramai selain memberi penekanan kepada persekolahan, kegiatan keagamaan, kegiatan di tempat umum dan kebudayaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.