Ingat! Covid-19 masih ancaman utama - Utusan Malaysia

Ingat! Covid-19 masih ancaman utama

SUKARELAWAN memakai sut perlindungan diri (PPE) ketika menunaikan solat jenazah pesakit Covid-19 di Chennai, India.– AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANALISIS

Oleh SHEILA RANI
CHANDRASEKARAN
[email protected]

AMERIKA SYARIKAT (AS), Indonesia, antara negara yang masih bergelut dengan gelombang pertama wabak Covid-19.

Beberapa negara Eropah dan Asia Timur pula, kembali ‘terjeru­mus’ memasuki ke gelombang kedua. Australia mengalami per­­­­kara sama.

Berdasarkan data Universiti John Hopkins, jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 15 juta dengan angka kematian dilaporkan melebihi 600,000.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang popular seba­­gai ‘penembak mati penyalah­gunaan dadah’ pula mengancam untuk menyumbat mereka yang tidak memakai pelitup hidung dan mulut ke dalam penjara.

Kelmarin, beberapa pengana­lisis statistik meramalkan Indo­nesia bakal menjadi pusat pe­nularan Covid-19 di Asia. Jumlah kes di negara tetangga itu sudah mengatasi kes di China, menghampiri angka 100,000.

Dalam media sosial, ter­ma­­suk juga dilaporkan oleh­ beberapa portal berita Indonesia, berlakunya tunjuk perasaan di Jakarta sehingga memungkinkan mudahnya Covid-19 menjangkiti.

Ada pula dilaporkan ‘mem­bongkar’ jenazah pesakit Co­vid-19 yang sudah dibalut khas bagi mengelak orang lain dijangkiti termasuk pengurusan jena­zah. Tindakan ini memburukkan lagi keadaan.

Di AS, Donald Trump terus dengan ‘sindrom penafian’, walhal negaranya berada di tangga teratas jumlah kes Co­vid-19 dan jumlah kematian.

Para aktivis di negara itu berimpun menuntut kebebasan tidak mahu memakai pelitup hidung dan mulut.

Trump akhirnya menggesa rakyatnya memakai pelitup hidung dan mulut selepas ang­ka kematian melebihi 140,000 orang.

Semalam, Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser turut menegaskan akan mengeluarkan perintah eksekutif yang mewajibkan pemakaian pelitup tersebut ketika berada di luar rumah.

Di Hong Kong, kes kembali mencatatkan angka ratusan. Pihak berkuasa tiada cara lain, selain menguatkuasakan pemakaian pelitup hidung dan mulut termasuk menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah.

Iran melaporkan seramai 138 petugas kesihatannya termasuk 90 doktor telah meninggal dunia setakat ini akibat Covid-19.

Di India pula, hampir satu per empat penduduk di New Delhi dijangkiti virus Covid-19 berdasarkan satu kajian yang dijalankan di seluruh negara itu.

Perancis kini merekodkan 998 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes seba­nyak 178,336, jelas data Kementerian Kesihatan.

Di Gaza, Pihak Berkuasa Pa­lestin (PA) menuduh Israel se­ngaja menyebarkan jangkitan virus itu di beberapa wilayah Palestin berikutan peningkatan kes yang mendadak. Malah, pihak berkuasa Israel telah memusnahkan sebuah pusat sa­ringan pandu lalu Covid-19 yang terletak di bandar Hebron, selatan Tebing Barat.

Jepun yang awalnya sudah bersiap sedia melancarkan kempen pelancongan domestik ‘Go To Travel’ diberikan julukan oleh orang ramai sebagai ‘Go To Trouble’. Ahli politik dan tinjauan pendapat menunjukkan ramai mahu kempen itu dibatalkan kerana Covid-19 belum ‘sebenar-benarnya’ dapat dikekang.

Ketua Pengarah Program Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Mike Ryan menjangkakan vaksin Covid-19 mungkin dapat disiapkan bermula awal tahun depan memandangkan masih dalam kajian.

Berbalik kepada ancaman yang dikeluarkan oleh Duterte: “Sumbat mereka yang tidak memakai pelitup hidung dan mulut ke dalam penjara.”

Mungkin cara ini sahaja yang dapat membantu menurunkan penularan Covid-19 dan mungkin boleh diperluaskan kepada mereka yang tidak mengikut arahan kuarantin atau tidak menjaga penjarakan sosial atau degil mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Vaksin belum ada. Pelitup hidung dan mulut sahajalah vaksinnya selain menjaga kebersihan. Kalau tidak, silakan kembali ‘terkurung’ di rumah dengan perintah demi perintah oleh pemerintah.

Mahu begitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya