Pada 29 Julai 1970, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai lapan pengganas komunis telah dibunuh dan 19 lagi berjaya ditangkap sepanjang gerakan Cahaya Bina II yang dilancar di kawasan hutan Daerah Waeng, Selatan Thailand sejak 7 Julai lalu.
Menurut Panglima Gerakan Bersama Cahaya Bina II, Mejar Jeneral Yuthasak Klongtruijrok, operasi bersama Angkatan Tentera Malaysia itu boleh dianggap berjaya menyekat kemaraan pengganas komunis di wilayah berkenaan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 29 Julai 1976 – Parti Gerakan Selangor mengalu-alukan langkah Kementerian Dalam Negeri bagi mewajibkan penggunaan sarikata Bahasa Malaysia untuk filem-filem asing yang ditayangkan di seluruh pawagam di negara ini.
- 29 Julai 1977 – Dua buah filem yang bakal diarahkan oleh dua orang pengarah dari Itali yang berjudul ‘His Name Is Sandokan’ dan ‘Mountain Of The Jungle‘ bakal menjalani penggambarannya di Malaysia.
- 29 Julai 1978 – Sekolah penerbangan TUDM yang bakal dibina di Alor Setar bagi melatih bakal-bakal juruterbang mampu menyelamatkan pertukaran wang asing sebanyak RM12 juta setahun.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










