Petronas dan Esso gali 29 telaga minyak - Utusan Malaysia

Petronas dan Esso gali 29 telaga minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 April 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Petronas dan Esso Malaysia akan membelanjakan sebanyak RM130 juta bagi menggali 29 buah telaga minyak dan gas sepanjang tahun ini.

Kerja-kerja cari gali ini akan dijalankan di sepanjang perairan Semenanjung Malaysia oleh Esso Malaysia. Pada tahun lalu, Esso bagi pihak Petronas telah menggali sebanyak 23 buah telaga di perairan Pantai Timur Semenanjung dan satu di Sabah dengan kos sebanyak RM118 juta.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 April 1975 – PAS Cawangan Tanjong Malim telah mencalonkan Datuk Mohd. Asri Muda, Menteri Kemajuan Tanah dan Tugas-Tugas Khas sebagai Presiden PAS dalam kongres parti itu di Kuala Lumpur Julai depan.
  • 16 April 1978 – Pihak tentera Indonesia hari ini menyoal lapan orang lelaki yang ditangkap selepas satu letupan merosakkan sebahagian daripada bangunan Masjid Istiqlal.
  • 16 April 1979 – Seorang kerani dari Syarikat Minuman F&N, Ho Heen Ming, 27 tahun berjaya berenang menyeberangi Selat Pulau Pinang dari Pangkalan Kedah ke Pantai Bersih, Bagan Ajam dalam masa 1 jam 22 minit, 7.2 saat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN