Pada 23 April 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kemenangan Khairil Johari Johar dalam Pertandingan Mencipta Lagu Kanak-Kanak 1978 menerusi karyanya berjudul ‘Bunyi Jam‘ boleh dianggap berjaya mengatasi ayahnya sendiri dalam pertandingan yang sama.
Bapanya, Johar Bahar merupakan seorang pencipta lagu terkenal di negara ini. Menurut Khairil, kemenangan tersebut umpama mengatasi ayahnya, malah terpilih sebagai salah seorang juara daripada tiga pemenang terbaik.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 23 April 1976 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal melancarkan pembukaan Institut Pengajian Desa tidak lama lagi.
- 23 April 1977 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendesak pihak kerajaan supaya mengharamkan iklan-iklan rokok menerusi radio dan televisyen serta panggung wayang.
- 23 April 1979 – Dua buah kapal kontena baru, iaitu ‘Bunga Permai’ dan ‘Bunga Suria’ bakal diserahkan kepada Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) pada tahun ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










