UMNO mahu Ketua Menteri P. Pinang dari kaum Melayu - Utusan Malaysia

UMNO mahu Ketua Menteri P. Pinang dari kaum Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Ogos 1986, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, sudah tiba masanya UMNO diberi peluang untuk menjadi Ketua Menteri negeri berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan, “Penyertaan UMNO hendaklah lebih kukuh dan berkesan di Pulau Pinang“. Luahan kedua-dua pemimpin berkenaan adalah susulan kemenangan besar UMNO dalam pilihan raya lalu serta kemerosotan prestasi MCA dan Gerakan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Ogos 1982 – Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) buat pertama kalinya bakal membawa seramai 2,000 orang bakal jemaah haji dari Brunei ke Jeddah bagi musim haji tahun ini.
  • 7 Ogos 1984 – Seniman terkenal Britain, Richard Burton, 58 tahun telah meninggal dunia secara mengejut di sebuah hospital di Switzerland kerana pendarahan otak.
  • 7 Ogos 1985 – Seramai 82 orang pesalah telah dijatuhi hukuman gantung di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak tahun 1975 hingga bulan  Mei lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN