Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan mati ditembak - Utusan Malaysia

Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 April 1982, Utusan Malaysia melaporkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Gemencheh, Datuk Mohamad Taha Abdul Talib, 49 tahun, ditemui mati ditembak di depan rumahnya.

Dua kesan luka akibat tembakan ditemui pada bahagian kepala dan kakinya ketika mayatnya dijumpai pada pukul 6.30 pagi di hadapan rumahnya, di Sri Asahan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 April 1977 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tidak mahu rakyatnya ‘bermuka dua‘ yang
    mencaci negara sendiri apabila ingin menetap di negara asing.
  • 15 April 1979 – Pelakon yang terkenal dengan watak ‘Tarzan‘, Johnny Weismuller kini sakit tenat di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika
    Syarikat.
  • 15 April 1982 – Kerajaan Negeri Selangor akan membina sebuah perpustakaan negeri yang berharga RM21.7 juta di bandar baru Shah Alam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN