Pada 18 April 1974, Utusan Malaysia melaporkan tindakan Tun Abdul Razak mempertahankan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abdul Rahman Yaakob atas kenyataannya baru-baru ini mengenai tuntutan Brunei ke atas Limbang.
“Limbang adalah sebahagian daripada kawasan sah Sarawak, sudah tentulah dalam menghadapi tuduhan-tuduhan yang berterusan daripada Brunei, Ketua Menteri Sarawak terpaksa bertindak secara spontan untuk menunjukkan perasaan kerajaan dan juga rakyat Sarawak,” kata Perdana Menteri.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 18 April 1973 – Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sedang melancarkan gerakan pembangunan di seluruh negara dengan menghantar seramai 150 mahasiswa ke desa-desa.
- 18 April 1974 – Perniagaan insurans di Malaysia ketika ini semakin berkembang pesat dan menggalakkan berikutan dengan keadaan politik, sosial dan ekonomi yang semakin bagus.
- 18 April 1977 – Pahang yang mempunyai 101 buah koperasi dengan ahli seramai 37,008 orang dan modal berjumlah lebih RM13 juta menjadi negeri pertama di Malaysia menubuhkan ‘Gabungan Koperasi Perumahan‘.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]