Sistem zon di Kuala Lumpur dibatalkan - Utusan Malaysia

Sistem zon di Kuala Lumpur dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Mei 1979, Utusan Malaysia melaporkan kabinet telah membatalkan penguatkuasaan sistem zon (area-road pricing) yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Bandaraya Kuala Lumpur.

Keputusan muktamad tersebut dibuat dalam mesyuarat mingguan kabinet baru-baru ini apabila Perdana Menteri, Tun Hussein Onn sendiri selaku Menteri Wilayah Persekutuan tidak bersetuju mengenai penguatkuasaannya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Mei 1972 Rangka jet pejuang Mirage milik Tentera Udara Diraja Australia yang hilang beberapa hari lalu telah dijumpai di banjaran gunung setinggi 6,000 kaki di sekitar Gunung Tahan.
  • 7 Mei 1973 – Dua buah kampung di Melaka iaitu, Kampung Machap dan Kampung Machap Umboh bakal tenggelam apabila projek perbekalan air Durian Tunggal yang berharga RM54 juta bakal siap dalam tahun 1975.
  • 7 Mei 1975Dua buah pesawat jenis Fokker F-28 Fellowship yang dibeli untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah tiba di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya