Cukup-cukuplah lebuh raya bertingkat di Kuala Lumpur

Cukup-cukuplah lebuh raya bertingkat di Kuala Lumpur

PEMBINAAN lebuh raya bertingkat tidak menyelesaikan kesesakanlalu lintas dalam Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI ibu negara, sudah pasti Kuala Lumpur menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara sekali gus menambahkan lagi kepadatan penduduk dan kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak.

Meskipun Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan berpindah ke Putrajaya pada awal 2000 namun kesesakan dan jumlah kenderaan di jalan raya hampir tiada bezanya dibandingkan dengan 30 tahun dahulu walaupun sudah banyak lebuh raya bertingkat.

Jika dilihat, pembinaan lebuh raya bertingkat seolah satu-satunya pilihan untuk mengurangkan kesesakan dan melancarkan aliran lalu lintas dalam Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Saya merasakan pihak berwajib tidak perlu lagi membina lebuh raya bertingkat di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Tidak dinafikan ciri keselamatan struktur lebuh raya ini sepatutnya tidak perlu di ragui, namun tidak mustahil sedikit sebanyak ada risikonya.

Di samping itu juga ia menjadikan bentuk lanskap Kuala Lumpur kelihatan kurang menarik. Jika dilihat sekilas pandang termasuk pandangan dari udara boleh kelihatan bentuk persimpangan yang hodoh dan tidak keterlaluan jika dikatakan berserabut dan tidak terdapat unsur-unsur landskap yang cantik, menarik atau tersusun.

Adalah lebih baik pihak berwajib menumpukan perhatian untuk membina dan menambahbaik pengangkutan awam yang boleh menghubungkan satu kawasan ke satu lagi kawasan dengan mudah dan efisien.

Pembinaan dan tambah baik pengangkutan awam seperti Stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) bukan sahaja memberi nilai tambahan kepada pelancong tetapi kelebihan buat penduduk di bandar yang terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas saban hari untuk ke pejabat. – UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN