Kompleks beli-belah Campbell terbakar - Utusan Malaysia

Kompleks beli-belah Campbell terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 April 1976, Utusan Malaysia melaporkan bangunan kompleks beli-belah setinggi 20 tingkat di Jalan Campbell di tengah-tengah bandar Raya telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran besar yang melibatkan kerugian lebih RM50 juta hari ini.

Seorang lelaki, dipercayai salah seorang ahli lembaga pengarah kompleks tersebut yang dikenali sebagai Yap Leong Hoe, 59 tahun, telah terkorban dalam kebakaran tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 April 1971 – Mulai tahun ini, semua penuntut baharu bukan Melayu di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya diwajibkan lulus Bahasa Malaysia untuk mendapatkan ijazah penuh.
  • 9 April 1973 – Kerajaan akan melancarkan satu projek pertanian secara besar-besaran di kawasan sekitar Lebuh Raya Timur Barat dalam Daerah Ulu Perak.
  • 9 April 1977 – Kerajaan didesak supaya mengharamkan sejenis racun serangga cap tengkorak yang dijual di pasaran kerana boleh membahayakan kesihatan manusia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya