Finland bantu industri kampung. - Utusan Malaysia

Finland bantu industri kampung.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 April 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pakar reka bentuk dari Finland akan memberi kerjasama kepada Malaysia untuk mengembangkan kraftangan dan industri kampungnya supaya boleh menarik para pembeli Eropah dan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam lawatan rasminya selama tiga hari di Finland memberitahu, sungguhpun reka bentuk asas tradisional barangan kraftangan Malaysia akan terus dikekalkan tetapi ia akan disesuaikan supaya menjadi cantik dan menarik minta para pengguna asing.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 April 1971Rencana Pengarang Utusan Malaysia mengulas tentang permulaan Radio Malaysia memulakan perkhidmatan 24 jam menerusi Bahasa Malaysia melalui gelombang pendek 49 meter atau 5965 kilocycle.
  • 19 April 1974 – Jabatan Telekom memesan alat ibusawat Ototelex moden dan alat mesin pelanggannya berharga lebih RM8 juta bagi menambahkan khidmatnya kepada lebih 2,300 pelanggan lagi pada hujung tahun ini.
  • 19 April 1976FELDA sehingga kini telah menyingkirkan hanya 2 peratus dari jumlah 35,000 orang peneroka di 187 rancangan sejak 1959.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya