Bangunan Sultan Abdul Samad diwartakan di bawah Akta Benda Purba - Utusan Malaysia

Bangunan Sultan Abdul Samad diwartakan di bawah Akta Benda Purba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Disember 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lebih 32 buah bangunan dan tempat-tempat bersejarah di Wilayah Persekutuan antaranya seperti Masjid Jamek Jalan Tun Perak, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stesen Keretapi Tanah Melayu akan diwartakan di bawah Akta Benda Purba 1976.

Pihak Muzium Negara akan menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan di kabinet supaya mengisytiharkan bangunan-bangunan dan tempat- tempat tersebut sebagai monumen lama.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 Disember 1976Kumpulan Wang Perpustakaan Negara telah bertambah menjadi RM1.66 juta hasil sumbangan dari orang ramai bagi pembinaan Perpustakaan Negara.
  • 1 Disember 1979PBB semalam telah mengisytiharkan ‘Perjanjian Camp David‘ antara Mesir dan Israel sebagai tidak sah dalam menentukan masa depan rakyat Palestin.
  • 1 Disember 1980Cathay Pacific Airways telah memulakan perkhidmatan secara rasmi ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Hong Kong.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya