UIA tubuh Fakulti Undang-Undang dan Sains - Utusan Malaysia

UIA tubuh Fakulti Undang-Undang dan Sains

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 November 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang bakal dibina di satu kawasan antara Bukit Pelasung dan Bukit Hulu Telang di sempadan Pahang dan Selangor akan mula mengambil sejumlah 180 orang pelajar untuk tahun pengajiannya yang pertama.

Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Sulaiman Daud berkata, pelajar-pelajar akan dipilih dari komuniti antarabangsa dan akan ditempatkan dalam empat fakulti iaitu undang-undang, ekonomi, pentadbiran perniagaan dan sains.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 10 November 1982Kementerian Pertahanan akan melaksanakan peraturan untuk tidak menggalakkan anggota-anggota tentera lelaki berkahwin dengan anggota tentera wanita mulai 1 Disember ini.
  • 10 November 1983Sultan Selangor hari ini menitahkan bahawa tiada siapa yang berhak menggunakan lambang kereta kecuali Baginda, Tengku Ampuan dan Raja Muda Selangor.
  • 10 November 1984 – Seniwati Gina Lollobrigida menerima bayaran ganti rugi sebanyak RM207,000 kerana sebatang giginya telah patah akibat tergigit batu ketika menikmati hidangan udang goreng.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya