Penjara satu tahun bocorkan rahsia kerajaan - Utusan Malaysia

Penjara satu tahun bocorkan rahsia kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 November 1986, Utusan Malaysia melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan menyalahgunakan kuasa mereka dalam menguatkuasakan Akta Rahsia Rasmi yang dipinda apabila ia diluluskan kelak.

Beliau berkata, walaupun sesetengah pihak menganggap pindaan itu yang memperuntukkan hukuman penjara mandatori satu tahun sebagai hukuman yang keras, ia perlu untuk melindungi rahsia kerajaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 November 1982PAS telah membentuk panel untuk mengkaji dengan teliti mengenai pindaan perlembagaan termasuk penubuhan Majlis Ulamak yang diluluskan di muktamar agungnya baru-baru ini.
  • 8 November 1983Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. James Ongkili memberi jaminan, Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear hanya untuk tujuan keamanan dan tidak sesekali untuk lain-lain tujuan.
  • 8 November 1986Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim akan mengetuai perwakilan Malaysia ke mesyuarat jawatankuasa Perdamaian Islam yang akan berlangsung di Jeddah pada 10 dan 11 November ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya