Lipatan sejarah: Malaysia, Thailand perhebat gerakan hapus komunis di sempadan

Lipatan sejarah: Malaysia, Thailand perhebat gerakan hapus komunis di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 November 1973, Utusan Malaysia melaporkan pasukan keselamatan Malaysia dan Thailand akan memperhebatkan gerakan memburu dan memusnahkan kawasan yang sering diresapi pengganas komunis di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

Arahan kepada pasukan keselamatan dua negara itu dibuat berikutan sidang jawatankuasa sempadan am Malaysia-Thai yang berakhir di Bangkok hari ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 17 November 1971Presiden Bank Dunia, Robert McNamara tiba di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan pihaknya bersedia untuk menambahkan pinjaman kepada Malaysia.
  • 17 November 1973 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dukacita kerana tidak ada langsung syarikat Melayu memohon membuat projek perindustrian di kawasan perusahaan Pasir Gudang.
  • 17 November 1983Sepucuk meriam yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai digunakan semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad di Selangor pada tahun 1859 hingga 1898 akan diserahkan kepada Muzium Negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya