Pada 30 Julai 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan adik Aidinishabawari Ibrahim, 8 tahun telah berjaya memenangi hadiah tempat pertama dalam pertandingan lukisan antarabangsa anjuran Kerajaan Belgium.
Lahir daripada keluarga seni lukis, Aidinishabawari yang merupakan murid darjah tiga di Sekolah Cina Tai Meng, Sentul, Kuala Lumpur telah menerima hadiah Queen’s Award dalam pertandingan berkenaan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 30 Julai 1974 – Sebuah kilang beras yang terletak di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah musnah terbakar dan menyebabkan kerugian berjumlah RM1 juta.
- 30 Julai 1976 – Negeri Perak telah merekodkan pengeluaran bijih timah berjumlah 60,000 pikul yang bernilai RM294 juta pada tahun 1975.
- 30 Julai 1979 – Konstabel Abdul Rahim dari Pasukan ‘F’ muncul atlit terbaik PDRM setelah berjaya memenangi Piala Pusingan Ketua Polis Negara serta Piala Pusingan Menteri Dalam Negeri.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










