Pada 17 Julai 1981, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah jawatan di depan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Dalam istiadat ringkas selama 10 minit itu yang bermula pada pukul 11.02 pagi dengan Datuk Paduka Maharaja Lela, Tengku Mustapha Tengku Mahmud meminta Tun Dr. Mahathir mengadap dan menerima suratcara perlantikan tersebut.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 17 Julai 1980 – Belia-belia berketurunan Cina disarankan supaya menjadikan Bahasa Malaysia sebagai alat komunikasi utama ketika berurusan di pejabat-pejabat kerajaan.
- 17 Julai 1981 – Filem kedua arahan Datuk Rahim Razali berjudul ‘Pemburu’ yang dibarisi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Ahmad Yatim, Nancie Foo dan beberapa lagi nama-nama hebat telah selamat dilancarkan.
- 17 Julai 1982 – FELDA bakal memajukan kawasan tanah seluas 26,038 hektar di Negeri Perak dengan tanaman kelapa sawit dan getah di bawah RMK KE-4 yang sedang berjalan ketika ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










